SEPINTAS LALU

RISDA FLEET SDN. BHD. (RFSB) adalah anak syarikat RISDA yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan telah diperbadankan pada 2hb. Februari 2002, usahasama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan National Rubber Smallholders Corperative Berhad (NARSCO) dengan pegangan saham sebanyak 70% (RISDA) dan 30% (NARSCO). RFSB ditubuhkan dengan tujuan menjadikan salah sebuah syarikat pengendali pengangkutan yang utama, berdaya saing di peringkat negara dan juga antarabangsa. Syarikat kami telah dianugerahkan tempat Pertama dalam Anugerah Syarikat Terbaik Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) pada tahun 2013 bagi Kategori Modal Berbayar Kurang RM 5 Juta. Selain itu, syarikat kami juga telah mendapat pengiktirafan daripada RISDA sebagai syarikat Prestasi Kewangan yang cemerlang pada tahun 2013 dan 2014.

Objektif syarikat ingin menjadi syarikat pengendali industri pengangkutan yang ternama dan berdaya saing. Mementingkan tahap utilisasi dan mempelbagaikan keupayaan kenderaan pengangkutan komersil mengikut keperluan semasa termasuk keupayaan perkhidmatan perkapalan dan penghantaran seluruh negara.

Syarikat juga melibatkan diri dalam aktiviti perkhidmatan bengkel baikpulih kenderaan secara kormersil dan efisyen. Mendapatkan kontrak RISDA, agensi kerajaan dan swasta.

Syarikat kami mempunyai kepakaran dan keupayaan dalam membekalkan baja, benih dan input pertanian kepada pelanggan ke seluruh semenanjung termasuk Sabah & Sarawak.

Kami berhasrat untuk menjadi “Market Leader” di dalam industri pengangkutan lori kargo, lori rigid dan lori tangki dengan meraih pendapatan tidak kurang daripada RM 100 Juta setahun menjelang tahun 2020.