Perkhidmatan Halal Logistik

Kini RISDA Fleet meneroka peluang baharu dalam segmen perniagaan pengangkutan Halal meliputi servis logistik penghantaran, perkhidmatan konsultansi dan Warehousing/coldroom.

Segmen perniagaan Halal logistik ini diletakkan dibawah Hub Centre yang melibatkan khidmat am, bengkel RF dan Halal.

Sebagai ejen penghantaran kami bertindak sebagai pemberi khidmat nasihat kepada pelanggan dalam menjalankan proses import dan eksport barangan ke luar negeri. Selain itu, kami bagi pihak pelanggan akan memproses dokumen import dan eksport di Jabatan Kastam serta mendeklarasi dokumentasi kastam bagi pihak pelanggan.

Tambahan pula, syarikat kami menyediakan pengangkutan seperti lori atau kontena bagi penghantaran barangan dalam semenanjung, manakala penghantaran kargo import dan eksport bagi barangan yang perlu dihantar ke destinasi yang dikehendaki.

Kerjasama yang baik antara syarikat dengan jabatan kastam menjamin urusan pelepasan kastam dengan cepat, tepat dan berhemah.

Pengenalan pensijilan Halal RFSB
Logistik halal ialah proses mengurus perolehan, pergerakan, penyimpanan dan pengendalian bahan-bahan serta inventori makanan atau bukan makanan (farmseutikal/kosmetik) melalui rantaian bekalan dengan mematuhi prinsip umum syariah (shariah compliance)

Skim Halal Logistik
Skim ini meliputi perkhidmatan pengangkutan, penrgudangan dan peruncitan termasuklah perkhidmatan peruncitan berdasarkan rujukan Malaysia Standard (MS) MS2400T:2019.

Fokus Halal

  • Integriti Halal dan Risiko
  • Jaminan patuh syariah
  • Operasi mengikut SOP dan Prinsip Syariah

Halal Logistik
Logistik halal berperanan memastikan status produk halal kekal mematuhi prinsip halal sepanjang proses pengangkutan, penyimpanan dan pengedaran melalui sistem kawalan halal (HAS) serta pematuhan menyeluruh terhadap semua keperluan halal yang ditetapkan berdasarkan standard MS2400 Dengan pematuhan kepada MS2400 ini, RFSB memastikan perkhidmatan logistik halal yang diyakini, selamat dan patuh syariah bagi memenuhi keperluan industri dan pelanggan.