Aktiviti utama syarikat kami adalah menyediakan khidmat pengangkutan baja, benih getah dan sawit, input pertanian, buah tandan segar (BTS) dan minyak sawit mentah (MSM) milik RISDA, agensi kerajaan dan swasta. RFSB mempunyai rangkaian pengangkutan meliputi lori kargo, lori rigid, lori tangki dan treler. Selain itu, syarikat kami menawarkan khidmat bengkel kenderaan untuk agensi kerajaan dan swasta. RFSB juga adalah agensi penghantaran dan perkapalan yang berdaftar dengan kastam. Syarikat bersedia memberikan perkhidmatan penghantaran di dalam negara dan ke luar negara.

1

Khidmat Penghantaran Antarabangsa

RISDA FLEET mempunyai kepakaran dalam menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh dunia dan telah melantik ejen di Indonesia, Thailand dan Singapura bagi tujuan penghantaran kargo. Syarikat ini mempunyai pengalaman dalam bidang ini lebih 11 tahun di peringkat antarabangsa.
2

Khidmat Konsultansi Kastam

Syarikat kami menyediakan khidmat konsultansi kastam merangkumi urusan dokumentasi untuk import, eksport, dan mengendalikan perlepasan kargo dengan pihak kastam bagi pihak pelanggan. Khidmat nasihat dan konsultansi dalam bidang urusan perkastaman adalah perkhidmatan kompulsari dimana syarikat kami bertindak sebagai pemegang Lesen Penghataran (Forwarding License) serta ejen kastam bertauliah merangkumi tugas import dan eksport dan juga percukaian bagi barang dagangan yang melalui pelabuhan negara Malaysia.
3

Khidmat Pergudangan

Syarikat kami menyediakan khidmat pergudangan meliputi kerja – kerja pembungkusan, penyimpanan, pelabelan, penimbangan dan storan khususnya untuk industri baja. Gudang kami terletak di Bandar Sultan Sulaiman berkeluasan 100,000 kaki persegi dan gudang – gudang lain di bawah kelolaan kami seperti di Kapar, Klang, Batu Pahat, Johor dan Gading Galoh. Kami menawarkan kadar harga yang berpatutan dan memenuhi kehendak pelanggan.
4

Khidmat Pemindahan (Removal) Pejabat & “Personal Effects”

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan pemindahan pejabat/gudang dan perpindahan kakitangan kerajaan dan swasta di dalam dan luar negeri. Syarikat kami mempunyai tenaga kerja yang mencukupi dan berpengalaman serta mempunyai rangkaian pejabat di semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi memudahkan kerja-kerja operasi seharian.
5

Khidmat Pengangkutan & Haulage

Syarikat mempunyai fasiliti pengangkutan yang mempunyai sebanyak 140 buah lori meliputi pelbagai saiz lori untuk mengangkut kargo pukal dan juga kargo cecair. Disamping itu, syarikat mempunyai jaringan kerjasama dengan syarikat penyedia kontena dan lain – lain jentera yang diperlukan untuk tujuan tersebut.
6

Khidmat Agensi Perkapalan

Syarikat ini adalah syarikat yang berdaftar sebagai agensi perkapalan dengan pihak kastam. Syarikat ini telah dilantik oleh pemilik feri Indonesia bagi pelepasan feri dari Pasir Gudang ke Batam, dari Setulang Laut ke Batam dan juga Tanjung Pinang. Syarikat bersedia untuk dilantik sebagai agensi perkapalan oleh pemilik kapal-kapal dagang bagi mana-mana pelabuhan di Malaysia.