Khidmat Penghantaran Antarabangsa

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan yang lengkap dan penyelesaian logistik secara menyeluruh, dimana kami menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memudahkan pergerakan kargo pukal dan cecair kepada pelanggan di seluruh semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. Perkhidmatan yang berkualiti efisyen dan cepat adalah keutamaan untuk pelanggan yang kami hormati.

Perkhidmatan penghantaran syarikat terbahagi kepada tiga iaitu melalui penghantaran laut, udara dan darat.

i. Perkhidmatan Kargo Laut

Syarikat kami berpengalaman dalam penghantaran kargo laut iaitu penghantaran baja dan benih milik RISDA dan agensi kerajaan kepada pelanggan ke Sabah dan Sarawak menggunakan kontena, termasuk penghantaran barangan perpindahan Staf RISDA dan kakitangan kerajaan dari Semenanjung ke Sabah & Sarawak dan sebaliknya.

Syarikat kami telah dilantk oleh RISDA untuk menyediakan perkhidmatan mengangkut baja melalui pengangkutan laut ke sabah dan sarawak sejak tahun 2011 dari Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pasir Gudang, Johor ke Pelabuhan Sepanggar di Sabah. Sementara ke Sarawak melalui pelabuhan Miri, Sibu dan Kuching dari pelabuhan tersebut baja dibawa ke Stor RISDA di seluruh Sabah dan Sarawak.

PERGERAKAN PENGHANTARAN BAJA DARI PELABUHAN KLANG / PELABUHAN PASIR GUDANG, JOHOR KE SABAH

PERGERAKAN PENGHANTARAN BAJA DARI PELABUHAN KLANG / PELABUHAN PASIR GUDANG KE SARAWAK

Syarikat kami telah dilantik oleh RISDA untuk menguruskan perpindahan staf dari semenanjung ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya. Syarikat ini juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang pengangkutan lori (Kod : 221704), lesen pembungkusan (Kod : 221707) dan ejen penghantaran (Kod : 221705). Perkhidmatan yang diberi berbentuk “door to door service”. Syarikat bersedia menyediakan sebutharga perpindahan secara percuma kepada pelanggan. Disamping itu, syarikat juga bersedia untuk membuat tempahan tiket kapal terbang dan kapal laut sekiranya diperlukan.

PENGISIAN BAJA DALAM KONTENA DI KILANG DAN STOR PUSAT RISDA (SPUR)

KONTENA MASUK KE PREMIS / KILANG

KONTENA KOSONG DIPERIKSA SEBELUM PROSES PENGISISAN BAJA

PALLET BAJA DISUSUN DAN DIPERIKSA SEBELUM PENGISIAN

PENGISIAN BAJA KE DALAM KONTENA

KONTENA TELAH SIAP DI ISI

KONTENA YANG TELAH SIAP DI ISI BERSEDIA UNTUK DI TARIK

KONTENA DI NAIKKAN KE ATAS LOADER UNTUK DITIMBANG SEBELUM KELUAR DARI KILANG

ii. Perkhidmatan Kargo Udara

RISDA FLEET berpengalaman dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan kargo udara bagi penghantaran benih getah dan juga barangan lain dengan kolaborasi bersama Kargo MAS, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu di Sabah dan Lapangan Terbang Kuching, Sibu dan Miri di Sarawak. Syarikat kami telah dapat memenuhi pengahantaran pada hari yang sama seperti mana yang dikehendaki oleh pelanggan.

iii. Perkhidmatan Pengangkutan Darat

Syarikat menyediakan perkhidmatan pengangkutan lori rigid, lori treler dan juga lori tangki kepada RISDA, agensi kerajaan, dan syarikat swasta. Selain itu, RFSB juga menyediakan khidmat pengangkutan haulage kontena bagi proses penghantaran barang ke pelabuhan.

Syarikat bersedia menyediakan perkhidmatan pengakutan darat menggunakan lori pelbagai saiz ke negara jiran seperti Thailand dan Singapura. Pemandu lori kamiberpegalaman untuk menghantar kargo ke destinasi seperti yang diarahkan.